Saturday, January 23, 2010

Kau Boleh

Fikirkan boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



How?adakah kamu dapat rasakan kamu boleh melakukannya?lakukan apa ni bah?
apa-apa saja yang kamu inginkan lor.Lagu ni begitu sesuai sekali untuk diaplikasikan kepada manusia yang mempunyai impian..taaaapiii..masih berfikiran ortodok..yang masih tidak yakin pada diri sendiri untuk memajukan diri ke hadapan untuk mencapai impian..ceh..impian la kononnya..kalau impian itu adalah nak kawen?bagaimana pula yer?hahahah...inilah topik yang SASASASAA...NGAT..NGAT...sangat menyengat hati dan jantung setiap anak dara...hahaha...aku tidak mau membuat pengulasan mengenai jodoh..kerana aku belom lagi berjumpa dengan jodoh aku lor..nanti kalau dah jumpa baru la teruja nak citer..hahaha...

Hidup kalau difikirkan dan direnungkan..terlalu banyak dengan misteri..suspen..dugaan..cabaran..ujian(x kira la yang sumatif ke formatif ke kn)...yang melibatkan kita semua bermain dengan emosi diri sendirik..kita akan sedih..gembira..berdukacita..kecewa..sakit..pedih..tertekan..

Itu semua lumrah alam semulajadi yang telah diciptakan Allah sejak dari zaman adam dan hawa lagi...begitu juga takdir yang telah ditetapkan bagi setiap human sapien yang mempunyai nyawa..takdir setiap daripada kita berbeza..jadinya..kita akan dapat menyaksikan berbagai rupa penghidupan di atas muka bumi ini..Ada yang terjerumus di lembah yang hina..malah ada juga yang berada di puncak bersama segunung dosa..walaupun kehidupan ini pilihan kita...namun..bejaga-jagalah kerana kehidupan yang dipilih itu mempunyai onak dan durinya tersendiri..jika tidak dipandu dengan bekalan yang cukup..mungkin kamu akan sesat di tengah hutan..tapikan..kalau dah tengah hutan tu bukan setakat onak duri je cabarannya..rimau gajah ular lipan cipan lipas mengkarung cikcibo pun ada...yer x..itu la..kalau ada bekalan yang aku kata cukup tu ada..korang gerenti boleh hidup la dengan mereka..yer x?hahaha..yang ni aku rasa tarzan je kot yang boleh...tapi kalau dah rasa fed up dengan manusia...anda sangat dialu-alukan untuk melawat mereka di kediaman sebenar mereka selain Zoo...so..nasihat aku..FIKIRKAN JE LA BOLEH..hahaha..ye..aku tahu..aku sedang merepek sudah...

Jom kembali semula ke pangkal pokok durian sebatang...aku lebih berminat nak tulis pasal kehidupan..sebab aku rasa aku minat dengan bidang psikologi la..actually..aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat berdikari...namun begitu..aku masih belum lagi mencapai tahap berdikari tu lagi...sebab?..hmmm..aku punya self esteem belom mantap lagik kot..

Tahap keberdikarian keluarga yang aku maksudkan..aku dapat lihat pada abang dan kakak aku sendirik..begitu juga dengan abah dan mak aku..tapi yang paling banyak berdikari ialah mak dan abah aku...hmmm..panjang la plak entry aku ni ek..ok la..aku akan citerkan plak pasal my parents life pada entry yang akan datang la..

P/s: Yeay,aku sudah pandai merepek..

No comments:

Post a Comment