Saturday, May 8, 2010

Hari ibu


Hari ibu...satu hari untuk menghargai insan yang bergelar ibu...habis tu..hari-hari lain camne?heheheh...sepatutnya memang setiap masa kena hargai ibu kita kan...merekalah anugerah Ilahi yang patut dihargai...terlalu banyak yang telah mereka korbankan kepada anak-anak yang telah mereka lahirkan...Syurga itu di bawah telapak kaki ibu...perumpamaan ini menunjukkan betapa agungnya dan tingginya darjat seorang ibu..

setiap orang dikurniakan seorang ibu..tapi tak semua yang dapat merasai nikmat kasih sayang daripada seorang ibu..that rite?so..bagi sape-sape yang masih ada ibu...sayangilah mereka dengan sepenuh hati..walaupun kadang-kadang penah jugak terbabas menyakiti hati ibu dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan...dan setiap kali itu jugak la memohon maaf darinya...dan dia..tak pernah tidak memaafkan kita..sebaliknya mendoakan pula kesejahteraan anak-anaknya...see..betapa ikhlasnya kasih sayang mereka...

my 'emak'...dipendekkan menjadi mak je..merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik..actually my mum ni anak yang ke3..tetapi kedua-duanya meninggal semasa kecil...my mum pun jadiklah anak yang sulung...disebabkan adik beradik agak ramai dan mereka hidup dalam kesusahan..my mum telah dibesarkan oleh monyang saya..alahai..monyang saya pun bukan dari golongan yang senang pun...saya memang rapat dengan my mum..setiap kali balik mak mesti cerita kisah hidupnya kat saya...sometimes rasa nak nangis pun ada..maklum la..hidup orang zaman dulu tak sama dengan sekarang kan..sejak kecil my mum buat macam2 kerja utk teruskan hidup..kalau nak harapkan pendidikan memang tak kemana sangat pun..setakat boleh membaca dan menulis pun dah ok kan...lagipun keluarga susah..payah gak nak sambung study ni..

my mum buat macam2 kerja untuk mencari pendapatan..umur 9 thun pun dah pandai menoreh getah tau..itu belum lagik menanam padi..semua my mum boleh buat..menjual ikan sungai..selepas my monyang tiada..my mum berhijrah ke rumah sedara...semasa berada di rumah sedara ni la..ada orang jodohkan my mum dengan my dad..cewah..dad la sangat kan..hik3..rasanye dorang tak pernah jumpe kot..my mum setuju je la kan..sebab dah merantau di tempat orang..better kawin je kan..ada gak tempat yang boleh diharapkan..nak harapkan parents my mum mse tu..dorang pun masih ada ramai tanggungan...lagik pun..kampung my dad plak memang sebelah kampung sedara my mum je pun...

hmmm...inilah serba sedikit cerita mengenai ibu saya..kisah hidupnya banyak memberi motivasi kepada saya..teringat plak msa kecik-kecik dulu selalu kne marah dengan mak..besela..sape yang tak pernah kne marah kan...hehehehe...yang tak boleh tahan tu..my mum selalu marah sambil menjerit...sampai semua jiran-jiran dengar...hahahahk..malu gak la mse tu...sebab semua orang tahu mak tengah marahkan anaknya yang sorang ni..hik3...yang my sister ni plak..selalu ungkit dia pun selalu jugak kne marah macam tu...last2 dia pun terpaksa gak menjerit nak marahkan anak-anaknya sebab degil sangat...tiap-tiap hari kot..asyik nak marah je..dah semua anak my sister ni hero-hero belaka..saya plak?perlu ke nak marah dgn cara mcm tu kat sekolah nanti?hahahaha...tak perlu kot..sebab letih la asyik nak menjerit marahkan dorang je tiap2 hari kan..but dont know la if one day..it would happened to me kan...errmmm?

p/s: selamat hari ibu kepada semua ibu amnya dan khasnya kepada mak saya yang berada dirumah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang
Ya Allah ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi,
amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment