Monday, October 25, 2010

KeTuMbIt

arghhhh....minggu ni aku terkena jangkitan kuman...yang telah menyebabkan kelopak mata sebelah kanan aku membengkak...jadinya, entry kali ni aku nak letak info pasal ketumbit la...yang di kopi pasta dari blog orang lain...x pyh sertakan sumber rujukan la ye...hehe:

Ketika kecil dulu, sesiapa yang ada ketumbit pada mata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat buruk, iaitu mengintai orang. Kalau ketumbit itu kecil tidak mengapalah kerana tidak ramai yang perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik.

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah. Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutama jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif, kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri. Sebaliknya terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.

Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Apakah rawatan bagi ketumbit? Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

No comments:

Post a Comment