Friday, January 7, 2011

azam

Assalamualaikum is the best kata alu-aluan. satu perkataan lebih kurang 16 huruf ni adalah doa kepada yang mendengar dan membacanya. jawab salam ni dulu sebab wajib. nanti lupa nak jawab salam mungkin akan jadi dosa. yeke?entah. tapi kalau tak buat benda yang wajib, berdosa.kan?

enteri aku kali ni pun satu doa. bukan. satu nama. pun bukan. azam. ada kawan nama ni? aku takde kawan nama azam. kalau sesiapa ada kawan nama azam, kirim salam ye. kalau azam tu ada belog, boleh ajak dia folo belog inibelogsaya. best. memang hot. sampai tak boleh tido. ok. aku baru tau bukan kopi je boleh buat orang tak tido. itu bukan niat sebenar aku nak promot belog femes tu. takpe. lepas folo belog tu jangan lupa folo belog ni pulak. azam. kamu faham tak?tolong jangan buat-buat tak faham. aku benci tengok muka pura-pura tak faham kamu tu. huh. so annoying(mengjengkelkan).

ok. kembali semula kepada azam aku. maksud aku, azam yang aku nak taip kat sini dan azam yang kamu baca lepas habiskan masa tak berfaedah di sini. aku boleh 'sue wish' (switch) masa tak berfaedah kamu di sini dengan berfaedah. tolonglah percaya. peliiiiiiis!!(please). sebab kamu adalah apa yang kamu fikirkan. contohnya. aku selalu fikir aku adalah seorang yang hot. hot ni pulak aku 'relate'kan dengan panas. apa yang panas??(sila ulang 2 kali). aku hanya tau panas dikaitkan dengan unsur matahari dan api. jadi aku pilih unsur matahari. matahari sungguh hot dan menyebabkan aku jadi hot juga. setelah lama aku berkawan dengan matahari, akhirnya aku tak perlukan pengaruh matahari lagi untuk jadi hot. dengan sendirinya. aku akan jadi hot dan mungkin untuk selamanya. tak boleh diubati lagi. mungkin juga tak boleh kembali ke pangkal jalan. itulah. ceritanya. faham tak??kalau tak faham boleh baca semula. tambahkan lagi masa tak berfaedah itu kepada faedah. huh?.tak nak. ok . kamu dibenarkan keluar sekarang. keluar untuk cari matahari dan cuba cari kaitan hot matahari dengan aku ye. terima kasih. usaha kamu amat dikesali dan dihargai.

Ye. aku ada azam. aku dah 'eksplin'(explain) azam aku ke?oh belum lagi rupanya. patut la. harus la. baru je terhentak kepala kat dinding sebentar beberapa saat. jangan risau. kepala aku tak apa-apa. malahan dinding juga tak apa-apa. nampaknya tak dapat la keluarkan sagu dari dinding tersebut. tak juga dari kepala yang dihentak itu. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. huh. bagus sungguh peribahasa melayu. sungguh bangga aku tak jadi anak siam. tak sia-sia aku hentak kepala semata-mata berusaha nak keluarkan sagu. walaupun tiada hasil yang diperoleh secara kasar. tetapi secara halusnya, mungkin. (try think out of the box k)

secara jujurnya, aku memang seorang yang jujur. sesekali je aku akan jadi penipu (hipokrit) . ok. kembali semula kepada sagu tadi. oh tak perlu baca semula petikan tadi untuk faham. aku nak kaitkan cerita aku hentak kepala tu dengan peribahasa siam. silap. peribahasa melayu. dan juga dengan azam aku. azam yang aku katakan bukan nama boyfrend sesiapa. azam aku tu azam tahun baru. aku tahu. korang juga menganggapnya azam tahun baru. pada pertama kali melihat perkataan 'azam' pada tajuk enteri kali ni. cuma memastikan kesahihan anggapan tu. oh tak perlu minta izin ye kalau nak berambus sekarang. terima kasih.

kesimpulannya. yes. dah nak habis pun. aku akan buat rumus azam aku. sejujurnya aku takde terpikir pun apa azam tahun ni. tapi takpe. aku taknak sesiapa hampa okey. kat bawah ni aku sertakan rumus azam secara tidak sengaja yang baru aku terpikir bermula dengan:

hentak kepala = peribahasa = azam.

mengerti?

2 comments: