Wednesday, January 12, 2011

kesalasilahan

Assalamuailakum

kesalasilahan. apakah?susur-galur keturunan sebenarnya. ada apa dengan kesalasilahan?haaa. yang tu aku nak cerita sikit.

ye. nak cerita sikit je. aku sendiri tak berapa nak tau kesalasilahan keluarga aku sendiri. aku kecewa sikit. tapi yang paling pasti. aku tak rasa aku berasal dari keturunan bangsawan. penduduk peribumi barangkali boleh dipertimbangkan.

oh ye. kamu tau ke salasilah keluarga?bagusla. bagi yang tahu. yang tidak pula, mari kita tengok sebab-sebab yang boleh difikirkan kenapa. ye kenapa. jadi, senarai kat bawah ni je la yang dapat aku beri. tahap speed otak berfikir belum sampai ke tahap maksima. harap maklum.

1. hubungan antara keluarga sangat renggang
2. kedua-dua belah keluarga membawa haluan masing-masing
3. keadaan hidup yang mendesak
4. keluarga terputus ikatan persaudaraan
5. konflik keluarga

ok. mari kita lihat isi yang pertama. kamu setuju?renggang. mudah sajakan. cuma hubungan yang mesra dan rapat je boleh kekalkan ikatan persaudaraan. kalau tak rapat, tentu saje akan malu untuk mengaku sedara.

seterusnya, isi kedua. bagi sesiapa yang ada kaum kerabat yang ramai, perkara ini sering berlaku. los-kontek. dah ramai sangat kan. nak hidup pula susah. kena la tentukan hala tuju/arah hidup sendiri. jadi, bawalah diri merantau ke tempat lain sehingga lupa nak balik. ok. tanggang?kamu faham?bagus. mari kita tengok isi ketiga. mari tanggang mari.

keadaan hidup mendesak. eh. ni macam ada kena mengena dengan isi kedua je. ok. fain(fine). jom baca apa yang aku mampu taip mengenai isi ketiga ni. bagi aku, kalau tahap hidup pun segan mati tak mau jangan harap la keturunan dapat hidup dengan sebaik mungkin. agak kasar ayat ni ye. cuba pikir balik, kalau hidup dah berada dalam situasi tu, mampu tak kalau nak kekalkan hubungan kekeluargaan dan juga mememelihara sejarah keluarga. mampu?bagusla kalau macam tu. tapi kalau tak mampu sekalipun, bukan menjadi titik tolak bagi kita untuk menghukum. sedangkan zaman makbapak sekarang ni pun lupa nak mendidik anak akibat terlalu leka nak mengumpul harta. inikan pula mereka. hanya terlupa nak kekalkan sejarah keluarga je kan. takpe. cucunda maafkan moyang. cucunda faham.

pernah tengok layang-layang terputus tali tak?tak pernah. baiklah. kalau begitu tak perlu untuk aku teruskan sesi penguraian isi keempat. hehe. nak ngelat pula ye kamu.

bukan nak mengelak, tapi isi kelima dan keempat mempunyai beberapa persamaan. antara konflik dan ikatan persaudaraan sangat mudah untuk dibuat perbandingan. kalau ada konflik, persaudaraan akan menjadi bermasalah. ye. konflik. iaitu perselisihan atau pertentangan sesama sendiri. sanggup dibuang keluarga semata-mata nak pertahankan diri. ini macam kes antara dua darjat la kan. cinta yang tak dapat restu keluarga. selain tu, perebutan harta pun tak kurang hebatnya.

ok. ada lagi tak sebab kenapa kita tak tahu salasilah keluarga sendiri?

No comments:

Post a Comment