macam biasa.entri sekali sekala je hapdet.itupun kalau mood ada banyak rajin.rajin ke?ntah.kadang-kadang rasa rajin.selalu-selalu rasa malas je.apa nak jadi cik gu oi. hehehe.
kali ni memang tadak topik nak citer pun. tiba-tiba je rasa nerves semacam. nerves yang merisaukan. tahun depan dah nak abis study. itu yang nerves tu. sekarang ni tak nerves sebab tiap-tiap hujung minggu dapat balik kampung. yahoooooo(dot)com.tapi nanti tak tau lagi dapat posting kat mana. adakah kena berjauhan?dengan kampung?dengan mak?dengan abah?dengan...ehem.cukup.itu sahaja senarai yang ada buat masa sekarang.
orang sekeliling selalu tengok aku seronok dan happy bila dapat balik kampung. termasuklah kamu bukan?tapi hakikatnya adalah disebaliknya. minggu lepas aku balik kampung. aku menangis. bukanlah maksud aku setiap kali aku balik kampung aku akan menangis. tapi ada masa-masanya juga la. yela. aku tau la yang jiwa aku ni sensitif. sangat-sangat la sensitif. tapi tak ramai yang nak memahami. itu lagi la aku sedih. ada kalanya aku benci dengan gurauan yang terlalu kasar. dan juga mulut yang lancang berkata-kata menyakitkan hati. ok. dunia akhir zaman. aku juga tak sempurna. mungkin banyak menyakitkan hati orang juga. itulah balasan untuk aku juga. sudah merepek pula.
kembali kepada minggu balik kampung. mak aku tak berapa nak sihat. umur pun dah menjangkau 66?ya Allah. aku ingatkan masih 64. itu dua tahun dahulu aku kira umur mak aku. abah aku pula dah masuk 68. cepatnya masa berlalu. aku sedih. sedih sangat. mak aku dah tidak seceria dulu. keadaan pun banyak muram je. kalau dulu selalu jalan-jalan pergi pasar sekali dengan mak. tiap-tiap minggu aku balik mesti pergi pasar. tapi kalau aku tak balik dorang jarang pergi la. selalunya keluar bertiga. aku. abah. mak. tapi semenjak aku dah berani bawak kete abah aku tu aku keluar berdua je dengan mak aku. tapi tak lagi semenjak minggu lepas. mak aku dah tak larat nak berjalan-jalan lagi. tenaganya semakin lemah. mungkin sebab dah hilang selera makan. disebabkan anak nya ni x reti nak masak. aku beli pisang goreng untuk mak aku. aku buatkan juga sandwish n roti goreng sebagai pengganti kepada nasi yang mak aku tak ada selera langsung nak makan. kalau tak pun aku akan pergi pasar sorang-sorang pergi beli ayam goreng la. tak pun lemang. kuih muih pun ada la jugak. sorang-sorang ye pergi pasar. tak seronok kalau selalu keluar ke pasar dengan mak aku. tiba-tiba aku kena pergi sorang je. ini lagilah sentimental. ada tisu tak?mukus dah nak meleleh ni. hadoi.
abah aku pulak lagi la kesian. macam orang muda. umur dah 68. patotnya berehat goyang inul je kat umah. hamboi. bila masa plak bapak aku berdangdut kt umah.hehe. terbongkar misteri kat umah aku.yoyo o' je. haha. ok. tukar mood. tukar mood sedih pulak. nak citer sental mata lagi ni. eh. sentimental. ok. umur abah aku pun dah masuk 68. bagi aku umur macam ni tak payah kerja dah. dok umah je. anak-anak tolong jaga kan. makan minum pakai segala bagai la. ni tak. masih lagi guna kudrat yang ada tu nak cari rezeki lagi. maksud aku masih menoreh lagi la. ye. memang harga getah sekarang tinggi. kamu juga boleh tukar profesion sekarang kalau nak kaya cepat. jadilah penoreh getah. jadinya. aku ni anak orang kaya la?sama sekali tidak. pertamanya. abah aku hanya menoreh kebun getah kakak aku yang sekangkang kamu tu je. eh. sekangkang kera pepatah tu. walaupun kebun getah kakak aku punya. tapi loan bank masih belum habis dibayar. jadinya pendapatan hasil getah tu bahagi dua dengan kakak aku. no extra money ok. kalau pakai dulu bayar kemudian ada la. tambahan pula sekarang ni abah aku akan sibuk pula nak uruskan kebun lagi satu pula. nak tanam pokok getah baru. itupun kakak aku punya. baru je beli tanah tu. abah aku kata biar dia bersusah sekarang ni, asalkan anak dia ada aset untuk masa depan. sebab dia tak mampu nak mewasiatkan apa-apa. dia sendiri pun x pernah dapat apa-apa harta pusaka daripada yang terdahulu. sedangkan tapak rumah pun hasil titik peluh sendiri. begitu juga tanah kebun pokok getah berusia 2 thn tu. itu je la harta bersama mak dan abah aku. mak dan abah aku usahakan pokok getah sehingga 40 tahun usia pokok getah tu masa ditebang 2 thn dulu untuk tanam semula. semasa nak tanam semula tu la barulah kebun tu dapat dimiliki secara sah hasil titik peluh sendiri. mak dan juga abah aku.
abah aku. hero aku. kalaulah aku dah kerja. aku akan biarkan abah aku berehat je. no more working ok. dok umah goyang kaki je. hehe. eh. tukar mood. tukar mood. kan dah bagitau tau tadi nak mood sentimental kan. lupa la tu. sedih tak citer aku ni. tak sedih ek?ala. buat-buat la sedih. tak nak?takpe la. jiwa setiap orang berbeza kan. teringat pulak. dulu pernah sorang member perli aku. dia kata siblings aku sikit. mesti boring kat umah. sebab siblings dia ramai. seronok. aku sentap jugak la dia cakap macam tu. korang sentap tak kalau korang kat situasi aku?
boring. memang boring sebenarnya. itulah sebabnya dari tingkatan satu sampai lima aku dok kat hostel. aku suka dok ramai-ramai walaupun sebenarnya haru-biru je jadinya kalau ada konflik. teringat plak zaman-zaman dok kat asmara. yang bertuahnya aku tak pernah dapat dok bilik atau dorm yang kat bawah. semuanya terpaksa naik tangga la jugak. eh. ni dah macam panjang la pulak enri kali ni. ok la. aku nak berhenti sampai sini je la. segala cerita aku ni sekadar luahan rasa semata-mata. untuk dikongsi bagi yang mahu. yang tak mahu tidak mengapa. segala silap dan salah tingkah laku atau perkataan harap dimaafkan.
No comments:
Post a Comment