Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

We cannot see God because God did not provide us with the senses to ‘see’ Him. As an analogy, let say I have created a car. Is the car able to see me? The car cannot see me because I did not create the car with the ability to see me. Just because the car cannot see me does that mean I do not exist?

SALAM RAMDHAN
SELAMAT PERPUASA
SELAMAT BERAMAL

Monday, May 9, 2011

kembali



Wah...lama giler aku tak menaip kat sini..terasa rindu pulak nak berkongsi cerita kat sini..macam-macam cerita ada..yang sedih..yang gumbira...yang terasa konpius..ahhhh..macam-macam la...nama pun sebuah kehidupan...pastinya hati yang dianugerahkan ini akan merasai bermaca-macam jenis rasa...ehhhh...sedangkan lidah lagi boleh merasa..inikan pula hati...hihihi..

okla..aku bukak cerita kali ni dengan sedikit perihal tentang sekolah yang aku praktikum hari tu..dah sebulan aku tinggalkan murid-murid aku tu...dan sebulan jugak la aku sain kontrak nak mengajar kt sana pun...nasib baik sebulan...aku dah terasa azab yang amat sangat kalau nak mengajar ni...terutamanya kalau takde perancangan...lingkup dibuatnya...tambah pulak takde pengalaman..pastu plus lagi dengan otak selalu blank sebab tak tau nak pikir apa lagi nak buat kelas jadi seronok...nasib la kome bebudak ye...dapat cikgu macam aku...nasib baik mengajar sebulan je...kalau berbulan-bulan...memang tak tau la cikgu nak imagine jadi apa kat korang...

yang paling tak boleh nak tolak tu...aku dapat pulak mengajar murid tahun 6..ambik ko...semuanya ada 40 orang...dah tak boleh nak tolak..terima je la murid tahun 6 tu...aku pulak jadi pusing entah ke mana..masuk kelas suruh budak bukak buku teks...hahaha..kan ke nampak sangat cikgunye tak berape nak ceredik...hahhhaaa...minggu pertama memang aku hilang kawalan..yang mana ilmu aku penah belaja pun hilang ghaib entah ke mana perginya...memang perit sangat aku rasa masa minggu pertama tu...aku macam perlukan sangat bimbingan dan tunjuk ajar...tapi takde sape yang memberi aku semangat masa tu...memang tertekan sampai aku menangis la jugak depan cikgu pembimbing....buat malu je kan...kenapa la air mata aku ni nak mengalir jugak masa tuh...tak boleh tahan der..hahaha...memang pengalaman aku yang paling kelakar...

ok..tutup bab nangis tu..jangan nak lebih2 over plak nak gelakkan aku ye...tapi..selama 3 minggu seterusnya tu aku boleh la serasikan diri dengan murid-murid aku tu...dorang pun dah matang pe..dah 12 tahun..aku paling suka kalau gosip2 ni..haha..memang tak dinafikan memang ada kapel pun dalam kelas aku ni...dan aku plak suka sebut nama-nama kapel ni..yang lain pun macam seronok je..hihihi...dan hari terakhir aku di sana...tak sangka mereka akan menangis...terharu aku...wuaaaa3x....

ituje la al kisah praktikum aku yang pertama...memori yang aku akan simpan cerita pahit dan manisnya pengalaman ni...walaupun kadang-kadang terasa jugak masin dan masamnya itu....

Jeng..jeng..hahaha...budak-budak kelas 6 Tekun..dorang sangat happening..semoga mereka berjaya mencapai cita-cita dan menjadi manusia yang berguna kelak....takde apa yang membahagiakan cikgu-cikgu mereka melainkan mereka berjaya dalam hidup di dunia dan juga di akhirat...aminnnn...

Wednesday, March 2, 2011

Dont quit

When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow
You may succeed with another blow,
Success is failure turned inside out
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far;
So stick to the fight when you're hardest hit
It's when things seem worst that you must not quit.

Friday, February 18, 2011

tidak bertajuk

macam biasa.entri sekali sekala je hapdet.itupun kalau mood ada banyak rajin.rajin ke?ntah.kadang-kadang rasa rajin.selalu-selalu rasa malas je.apa nak jadi cik gu oi. hehehe.

kali ni memang tadak topik nak citer pun. tiba-tiba je rasa nerves semacam. nerves yang merisaukan. tahun depan dah nak abis study. itu yang nerves tu. sekarang ni tak nerves sebab tiap-tiap hujung minggu dapat balik kampung. yahoooooo(dot)com.tapi nanti tak tau lagi dapat posting kat mana. adakah kena berjauhan?dengan kampung?dengan mak?dengan abah?dengan...ehem.cukup.itu sahaja senarai yang ada buat masa sekarang.

orang sekeliling selalu tengok aku seronok dan happy bila dapat balik kampung. termasuklah kamu bukan?tapi hakikatnya adalah disebaliknya. minggu lepas aku balik kampung. aku menangis. bukanlah maksud aku setiap kali aku balik kampung aku akan menangis. tapi ada masa-masanya juga la. yela. aku tau la yang jiwa aku ni sensitif. sangat-sangat la sensitif. tapi tak ramai yang nak memahami. itu lagi la aku sedih. ada kalanya aku benci dengan gurauan yang terlalu kasar. dan juga mulut yang lancang berkata-kata menyakitkan hati. ok. dunia akhir zaman. aku juga tak sempurna. mungkin banyak menyakitkan hati orang juga. itulah balasan untuk aku juga. sudah merepek pula.

kembali kepada minggu balik kampung. mak aku tak berapa nak sihat. umur pun dah menjangkau 66?ya Allah. aku ingatkan masih 64. itu dua tahun dahulu aku kira umur mak aku. abah aku pula dah masuk 68. cepatnya masa berlalu. aku sedih. sedih sangat. mak aku dah tidak seceria dulu. keadaan pun banyak muram je. kalau dulu selalu jalan-jalan pergi pasar sekali dengan mak. tiap-tiap minggu aku balik mesti pergi pasar. tapi kalau aku tak balik dorang jarang pergi la. selalunya keluar bertiga. aku. abah. mak. tapi semenjak aku dah berani bawak kete abah aku tu aku keluar berdua je dengan mak aku. tapi tak lagi semenjak minggu lepas. mak aku dah tak larat nak berjalan-jalan lagi. tenaganya semakin lemah. mungkin sebab dah hilang selera makan. disebabkan anak nya ni x reti nak masak. aku beli pisang goreng untuk mak aku. aku buatkan juga sandwish n roti goreng sebagai pengganti kepada nasi yang mak aku tak ada selera langsung nak makan. kalau tak pun aku akan pergi pasar sorang-sorang pergi beli ayam goreng la. tak pun lemang. kuih muih pun ada la jugak. sorang-sorang ye pergi pasar. tak seronok kalau selalu keluar ke pasar dengan mak aku. tiba-tiba aku kena pergi sorang je. ini lagilah sentimental. ada tisu tak?mukus dah nak meleleh ni. hadoi.

abah aku pulak lagi la kesian. macam orang muda. umur dah 68. patotnya berehat goyang inul je kat umah. hamboi. bila masa plak bapak aku berdangdut kt umah.hehe. terbongkar misteri kat umah aku.yoyo o' je. haha. ok. tukar mood. tukar mood sedih pulak. nak citer sental mata lagi ni. eh. sentimental. ok. umur abah aku pun dah masuk 68. bagi aku umur macam ni tak payah kerja dah. dok umah je. anak-anak tolong jaga kan. makan minum pakai segala bagai la. ni tak. masih lagi guna kudrat yang ada tu nak cari rezeki lagi. maksud aku masih menoreh lagi la. ye. memang harga getah sekarang tinggi. kamu juga boleh tukar profesion sekarang kalau nak kaya cepat. jadilah penoreh getah. jadinya. aku ni anak orang kaya la?sama sekali tidak. pertamanya. abah aku hanya menoreh kebun getah kakak aku yang sekangkang kamu tu je. eh. sekangkang kera pepatah tu. walaupun kebun getah kakak aku punya. tapi loan bank masih belum habis dibayar. jadinya pendapatan hasil getah tu bahagi dua dengan kakak aku. no extra money ok. kalau pakai dulu bayar kemudian ada la. tambahan pula sekarang ni abah aku akan sibuk pula nak uruskan kebun lagi satu pula. nak tanam pokok getah baru. itupun kakak aku punya. baru je beli tanah tu. abah aku kata biar dia bersusah sekarang ni, asalkan anak dia ada aset untuk masa depan. sebab dia tak mampu nak mewasiatkan apa-apa. dia sendiri pun x pernah dapat apa-apa harta pusaka daripada yang terdahulu. sedangkan tapak rumah pun hasil titik peluh sendiri. begitu juga tanah kebun pokok getah berusia 2 thn tu. itu je la harta bersama mak dan abah aku. mak dan abah aku usahakan pokok getah sehingga 40 tahun usia pokok getah tu masa ditebang 2 thn dulu untuk tanam semula. semasa nak tanam semula tu la barulah kebun tu dapat dimiliki secara sah hasil titik peluh sendiri. mak dan juga abah aku.

abah aku. hero aku. kalaulah aku dah kerja. aku akan biarkan abah aku berehat je. no more working ok. dok umah goyang kaki je. hehe. eh. tukar mood. tukar mood. kan dah bagitau tau tadi nak mood sentimental kan. lupa la tu. sedih tak citer aku ni. tak sedih ek?ala. buat-buat la sedih. tak nak?takpe la. jiwa setiap orang berbeza kan. teringat pulak. dulu pernah sorang member perli aku. dia kata siblings aku sikit. mesti boring kat umah. sebab siblings dia ramai. seronok. aku sentap jugak la dia cakap macam tu. korang sentap tak kalau korang kat situasi aku?

boring. memang boring sebenarnya. itulah sebabnya dari tingkatan satu sampai lima aku dok kat hostel. aku suka dok ramai-ramai walaupun sebenarnya haru-biru je jadinya kalau ada konflik. teringat plak zaman-zaman dok kat asmara. yang bertuahnya aku tak pernah dapat dok bilik atau dorm yang kat bawah. semuanya terpaksa naik tangga la jugak. eh. ni dah macam panjang la pulak enri kali ni. ok la. aku nak berhenti sampai sini je la. segala cerita aku ni sekadar luahan rasa semata-mata. untuk dikongsi bagi yang mahu. yang tak mahu tidak mengapa. segala silap dan salah tingkah laku atau perkataan harap dimaafkan.

Tuesday, January 25, 2011

secara tiba-tiba

dah lama x pos entri.xtau nak citer apa sebenarnya.last-last buat tajuk entri macam soalan zaman sekolah dolu-dolu.alaaa yang macam suruh bina karangan dengan sambungan ayat"secara tiba-tiba"...hahaha. x boleh blah. rasa macam budak sekolah yang baru amik kertas buat peta minda nak tulis isi karangan.

ok. bukan apa. saja je nak bagitau yang secara tiba-tiba aku kena kemas barang dan terpaksa pindah ke rumah sewa dalam masa minggu ni juga. so, hari ni dah rabu. jadi tinggal esok lusa je la kena kemas bilik ni. pada awalnya x sangka pulak kena pindah seawal ini. tapi aku x kesah. lagi awal keluar lagi bagus. hahaha. sebenarnya aku dah bersedia nak dok luar dari tahun lepas lagi. tapi x jadi keluar tahun lepas. ok. xpe. aku stay. bertahan je la sampai ke hari ni. no hal la. bukan masalah besar pun.

ok. sekarang ni aku bersyukur sangat. nasib baik ada penempatan kat luar. so, kemas barang je la. letih tu letih la jugak. nak buat macam mana. buat la jugak. sebab seronok sangat kot nak keluar. hahaha.

Wednesday, January 12, 2011

kesalasilahan

Assalamuailakum

kesalasilahan. apakah?susur-galur keturunan sebenarnya. ada apa dengan kesalasilahan?haaa. yang tu aku nak cerita sikit.

ye. nak cerita sikit je. aku sendiri tak berapa nak tau kesalasilahan keluarga aku sendiri. aku kecewa sikit. tapi yang paling pasti. aku tak rasa aku berasal dari keturunan bangsawan. penduduk peribumi barangkali boleh dipertimbangkan.

oh ye. kamu tau ke salasilah keluarga?bagusla. bagi yang tahu. yang tidak pula, mari kita tengok sebab-sebab yang boleh difikirkan kenapa. ye kenapa. jadi, senarai kat bawah ni je la yang dapat aku beri. tahap speed otak berfikir belum sampai ke tahap maksima. harap maklum.

1. hubungan antara keluarga sangat renggang
2. kedua-dua belah keluarga membawa haluan masing-masing
3. keadaan hidup yang mendesak
4. keluarga terputus ikatan persaudaraan
5. konflik keluarga

ok. mari kita lihat isi yang pertama. kamu setuju?renggang. mudah sajakan. cuma hubungan yang mesra dan rapat je boleh kekalkan ikatan persaudaraan. kalau tak rapat, tentu saje akan malu untuk mengaku sedara.

seterusnya, isi kedua. bagi sesiapa yang ada kaum kerabat yang ramai, perkara ini sering berlaku. los-kontek. dah ramai sangat kan. nak hidup pula susah. kena la tentukan hala tuju/arah hidup sendiri. jadi, bawalah diri merantau ke tempat lain sehingga lupa nak balik. ok. tanggang?kamu faham?bagus. mari kita tengok isi ketiga. mari tanggang mari.

keadaan hidup mendesak. eh. ni macam ada kena mengena dengan isi kedua je. ok. fain(fine). jom baca apa yang aku mampu taip mengenai isi ketiga ni. bagi aku, kalau tahap hidup pun segan mati tak mau jangan harap la keturunan dapat hidup dengan sebaik mungkin. agak kasar ayat ni ye. cuba pikir balik, kalau hidup dah berada dalam situasi tu, mampu tak kalau nak kekalkan hubungan kekeluargaan dan juga mememelihara sejarah keluarga. mampu?bagusla kalau macam tu. tapi kalau tak mampu sekalipun, bukan menjadi titik tolak bagi kita untuk menghukum. sedangkan zaman makbapak sekarang ni pun lupa nak mendidik anak akibat terlalu leka nak mengumpul harta. inikan pula mereka. hanya terlupa nak kekalkan sejarah keluarga je kan. takpe. cucunda maafkan moyang. cucunda faham.

pernah tengok layang-layang terputus tali tak?tak pernah. baiklah. kalau begitu tak perlu untuk aku teruskan sesi penguraian isi keempat. hehe. nak ngelat pula ye kamu.

bukan nak mengelak, tapi isi kelima dan keempat mempunyai beberapa persamaan. antara konflik dan ikatan persaudaraan sangat mudah untuk dibuat perbandingan. kalau ada konflik, persaudaraan akan menjadi bermasalah. ye. konflik. iaitu perselisihan atau pertentangan sesama sendiri. sanggup dibuang keluarga semata-mata nak pertahankan diri. ini macam kes antara dua darjat la kan. cinta yang tak dapat restu keluarga. selain tu, perebutan harta pun tak kurang hebatnya.

ok. ada lagi tak sebab kenapa kita tak tahu salasilah keluarga sendiri?

Mencari damai abadi



Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,

Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan,

Untuk hidup sekadar berfoya-foya,

Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi Dialah teman
Dialah wali

Dia mencukupi
Aku hidup bererti Menikmati damai abadi